Sabtu, 28 Mei 2011

SPM...TEKNIK MENJAWAB

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SAINS II SMK (F) YANG DIKASIHI, SILA MUAT TURUN PAUTAN INI UNTUK INFO TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM.....SPM PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1
SELAMAT MENCUBA.

PMR...TEKNIK MENJAWAB

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 SMK (F) BESOUT DAN MAAHAD ABBASIAH YANG DIKASIHI, SILA MUAT TURUN PAUTAN INI UNTUK INFO CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN......PMR TEKNIK MENJAWAB SOALAN
SELAMAT MENCUBA....

Jumaat, 1 April 2011

LATIHAN IBADAT BAB RUKUN NIKAH

PELAJAR-PELAJAR 5 CEMPAKA...SILA MUAT TURUN PAUTAN INI UNTUK LATIHAN TAJUK DI ATAS....LATIHAN BAB RUKUN NIKAH

Ahad, 20 Mac 2011

Kisah Habil dan Qabil......Satu pengajaran..


Menurut sesetengah ulama, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikurniakan Allah dengan anak ramai . Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri . Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan  . Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah , putera puterinya akan dijodohkan  antara satu sama lain .
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Labuda . Adik Qabil iaitu  Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita . Namun,  Labuda tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .
Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa , Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah . Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli . Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Labuda dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .
Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah! aku tidak bersetuju dengan keputusan  ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku”. Qabil membantah kerana  cemburu dengan terhadap adiknya, Habil. Setelah abangnya diam , Habil pula berkata “ Ayah! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” . Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu . Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya . Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing . Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”
Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah . Qabil membawa  sehidang buah-buahan dan tanam-tanamannya yang rosak dan busuk sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Maka Habil pula membawa seekor kambing yang paling disayanginya sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .
Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya . Ini bererti korban Habil diterima dan Habil lah yang benar dan dialah yang patut  berkahwin dengan Iklima .
Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .
Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini.
Dengan  keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.
Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.
Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.
Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil: "Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."
"Apa salahku?" tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"
Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."
Habil berkata: "Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan? Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawalah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.
Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."
Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.
Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.
Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri: "Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"
Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul. Bertanyalah ia kepada Qabil: "Di manakah Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."
Qabil menjawab: "Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."
Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu. Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.
Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.
Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32

Jumaat, 11 Mac 2011

Thunami Japan 2011

Japan tsunami - Bala datang tanpa diundang

Daripada Saidina Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda:
Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain.
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Rabu, 9 Mac 2011

Azab Kubur....ternyata menyentuh hati

KISAH KELUAR API DARI KUBUR

Menurut riwayat sebahagian ulamak Salaf : Bahawa ada seorang lelaki telah menziarahi saudara perempuannya yang telah meninggal dunia. Semasa menguburkan mayat saudara perempuannya itu, tiba-tiba dompetnya yang berisi wang telah terjatuh ke dalam kubur saudaranya itu tanpa diketahui seorang pun sehinggalah dia pulang ke rumahnya.
Apabila dia teringat dompetnya itu, dia segera kembali semula ke kubur itu dan menggalinya semula.....Maka alangkah terkejut apabila dia mendapati kubur itu memancarkan api yang marak menyala. Lalu dia segera menimbus semula kubur itu dengan tanah.
Dengan takjub dan menyesal, lalu dia kembali ke rumahnya menemui ibunya sambil menangis teresak-esak dan berkata : Wahai ibuku ! ceritakan kepadaku berkenaan dengan saudara perempuanku ini, apakah amal yang telah dikerjakan selama ini?....si ibu merasa terperanjat dan bertanya, " Kenapa kamu bertanya demikian?......Katanya pula: "Saya lihat kuburnya keluar api!". Dia kemudian menceritakan kisah selanjutnya.
Mendengar cerita itu, lalu si ibu menangis dan berkata :"Wahai anakku! Saudara perempuanmu itu suka meremehkan waktu solat daripada waktu yang sebenarnya".
Kesimpulannya, itulah akibat suka melewatkan solat sehingga keluar dari waktunya.......Fikir-fikirkanlah kalau seseorang itu tidak solat langsung...maka apakah akibatnya?

Selasa, 8 Mac 2011

MENANGANI KEJAHATAN MANUSIA

BERDASARKAN FIRMAN ALLAH: ( DAN TIDAKLAH SAMA KEBAIKAN DENGAN KEJAHATAN. TOLAKLAH KEJAHATAN ITU DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK. APABILA ENGKAU BERBUAT DEMIKIAN MAKA ORANG YANG MENARUH RASA PERMUSUHAN TERHADAPMU, DENGAN SERTA MERTA AKAN MENJADI SEOLAH-OLAH SEORANG SAHABAT BAIK..) SURAH FUSSILAT 41 : 34

Isnin, 7 Mac 2011

MUKJIZAT DAN PERKARA-PERKARA LUAR BIASA

PARA PELAJAR 3 ANNUR YANG DIKASIHI SEKALIAN, SILA MUAT TURUN LINK INI UNTUK NOTA TAJUK DI ATAS.....MUKJIZAT RASUL.... SELAMAT MENCUBA, FOLLOWING SAYA KAT BLOG INI. SEGALA KERJASAMA ANAK-ANAK SEKALIAN AMATLAH DIHARGAI.

Rabu, 23 Februari 2011

SIFAT-SIFAT RASUL

PELAJAR KELAS 3 ANNUR...SILA MUAT TURUN VIDEO KLIP LAGU RAIHAN INI UNTUK TAJUK DI ATAS

NOTA MAKANAN YANG BAIK

PELAJAR 4SC1, SILA MUAT TURUN NOTA....HADIS - MAKANAN YANG BAIK....SELAMAT MENCUBA.

Isnin, 21 Februari 2011

NOTA SOLAT AIDIL FITRI & AIDIL ADHA

PARA PELAJAR 3 ANNUR, SILA MUAT TURUN PAUTAN INI UNTUK NOTA TAJUK DI ATAS...SOLAT 2 HARI RAYA....TOLONG SIAPKAN NOTA TAJUK-TAJUK YANG TELAH USTAZ AJAR...

Rabu, 16 Februari 2011

NOTA KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIAH

PELAJAR-PELAJAR 5 SC 2 YANG DIKASIHI, SILA DOWNLOAD NOTA DI ATAS, PRINT DAN TAMPAL DALAM BUKU NOTA......KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIAH.....SELAMAT MENCUBA,,,,,,,INGAT TAK BUAT SAYA BEDAL....

TERLALU MENDALAM CINTA RASULULLAH TERHADAP UMATNYA...

Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia berbalik kembali dan menutup pintu.
Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, putriku?”
“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.
“Ketahuilah putriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah sang Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.
Fatimah menahan genangan air matanya.
Malaikat maut datang kepada-Nya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya.
Kemudian Rasulullah saw. menatap putrinya dengan pandangan nanar, seolah-olah ia tak ingin kehilangan setiap bagian dari wajah putrinya.
Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah siap dia langit untuk menyambut ruh Rasulullah sang pemimpin Bumi.
“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh Anda. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu Anda” kata Jibril.
Namun, kenyataannya, jawaban itu tidak membuat Rasulullah saw. lega.
Matanya masih penuh kekhawatiran.
“Anda tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.
“Jangan khawatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Surga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.
Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.
Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.
Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.
“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang karena sakit yang tak tertahankan.
Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.
Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah shalat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”
Di luar ruangan, ada tangisan, ada kegaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…

Selasa, 15 Februari 2011

LATIHAN ADAB BERMUSAFIR

PELAJAR-PELAJAR 5 CEMPAKA YANG DIKASIHI, SILA DOWNLOAD LATIHAN INI UNTUK TAJUK DI ATAS....LATIHAN ADAB BERMUSAFIR.....SELAMAT MENCUBA.

Ahad, 13 Februari 2011

NOTA ADAB

PELAJAR-PELAJAR 3 ANNUR YANG DIMANJAI, SILA DOWNLOAD PAUTAN INI UNTUK NOTA ADAB MELAYAN TETAMU......ADAB MELAYAN TETAMU.....SELAMAT MENCUBA

DAN SATU LAGI NOTA BAHAGIAN AQIDAH TAJUK RASUL ULUL AZMI.....SILA SIAPKAN YE...I LOVE U ALL.....RASUL ULUL AZMI

Khamis, 10 Februari 2011

KERAJAAN KHULAFA' AR=RASHIDIN

PELAJAR-PELAJAR 4 CEMPAKA YANG DISAYANGI, SILA DOWNLOAD PAUTAN INI UNTUK NOTA BAHAGIAN TAMADUN DAN LEKATKAN DALAM BUKU NOTA....I LOVE U ALL...NOTA KHULAFA' AR-RASHIDIN

ADAB MUSAFIR

PELAJAR-PELAJAR 5 SC 2, SILA DOWNLOAD PAUTAN INI UNTUK NOTA ADAB MUSAFIR....ADAB MUSAFIR

Rabu, 9 Februari 2011

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

Pelajar-pelajar 5 Cempaka yang dicintai, sila download latihan ini untuk kerja rumah......Latihan 2......malam ni malam jumaat...jangan cuba-cuba berchating dengan saya...faham-faham ye

DUNIA IBARAT PERANTAU

PELAJAR-PELAJAR 5 SC 2 YANG DISAYANGI, SILA DOWNLOAD PAUTAN INI UNTUK RUJUKAN LATIHAN BUKU JAGUH M/S 84.......LATIHAN HADITH 1

CINTAILAH RASULULLAH

HAYATILAH VIDEO KLIP INI....

TAWAF



4 SC 1, sila download pautan ini......Nota Tawaf.....SELAMAT MENCUBA

LATIHAN TOPIKAL 4 PENDIDIKAN ISLAM

Pelajar-pelajar 3 Annur, sila download pautan ini untuk latihan SIFAT_SIFAT RASUL.....LATIHAN TOPIKAL 4.....SELAMAT MENCUBA

Selasa, 8 Februari 2011

IMAN MUTIARA HIDUP

Pelajar-pelajar 5 Cempaka yang dikasihi, sila download pautan ini untuk latihan tajuk di atas. SELAMAT MENCUBA......LATIHAN IMAN MUTIARA HIDUP

Isnin, 7 Februari 2011

NOTA SURAH JUMAAT

Pelajar-pelajar tingkan 3 An-Nur yang dikasihi, sila download pautan power point ini untuk nota Kewajipan Solat Jumaat.....KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT

Cara Menyempurnakan Haji

Pelajar-pelajar 4 SC 1 yang dikasihi, sila download bahan power point ini untuk rujukan. sekian terima kasih. SELAMAT MENCUBA....NOTA CARA MENGERJAKAN HAJI

Kewajipan Solat Jumaat

Para Pelajar 3 ANNUR yang dikasihi,sila download Soalan Topikal PMR untuk latihan tajuk hari ini. Selamat mencuba.....TOPIKAL PMR