Rabu, 9 Mac 2011

KISAH KELUAR API DARI KUBUR

Menurut riwayat sebahagian ulamak Salaf : Bahawa ada seorang lelaki telah menziarahi saudara perempuannya yang telah meninggal dunia. Semasa menguburkan mayat saudara perempuannya itu, tiba-tiba dompetnya yang berisi wang telah terjatuh ke dalam kubur saudaranya itu tanpa diketahui seorang pun sehinggalah dia pulang ke rumahnya.
Apabila dia teringat dompetnya itu, dia segera kembali semula ke kubur itu dan menggalinya semula.....Maka alangkah terkejut apabila dia mendapati kubur itu memancarkan api yang marak menyala. Lalu dia segera menimbus semula kubur itu dengan tanah.
Dengan takjub dan menyesal, lalu dia kembali ke rumahnya menemui ibunya sambil menangis teresak-esak dan berkata : Wahai ibuku ! ceritakan kepadaku berkenaan dengan saudara perempuanku ini, apakah amal yang telah dikerjakan selama ini?....si ibu merasa terperanjat dan bertanya, " Kenapa kamu bertanya demikian?......Katanya pula: "Saya lihat kuburnya keluar api!". Dia kemudian menceritakan kisah selanjutnya.
Mendengar cerita itu, lalu si ibu menangis dan berkata :"Wahai anakku! Saudara perempuanmu itu suka meremehkan waktu solat daripada waktu yang sebenarnya".
Kesimpulannya, itulah akibat suka melewatkan solat sehingga keluar dari waktunya.......Fikir-fikirkanlah kalau seseorang itu tidak solat langsung...maka apakah akibatnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan